Saturday, June 26, 2010

Kunjungan Tok Mizi & Nek Dilah sekeluarga

Weekend merupakan hari yang sibuk untuk mummy and daddy. Rasa macam raya je. Tiap-tiap minggu mesti ada orang datang nak tengok Zhafran. Minggu nie, Tok Mizi dengan Nek Dilah sekeluarga punye giliran. Tok Mizi & Nek Dilah datang bersama Mak Long Faridah, Pak Ude, Mak Usu Husna. Lebih kurang jam 1.00 petang semua sampai. Hari ni menu Tok Mak ialah Kobis Masak Lemak, Kacang Panjang Goreng, Sambal Tempoyak, Ikan Selar Goreng dan yang special nya ada magga harum manis yang Untie Is kirim dari JB. Untuk pengetahuan Zhafran, Nek Dilah tu adik Tok Mak yang ketujuh.

Sampai je Nek Dilah, terus tolong Tok Mak masak kat dapur. Mummy tak dapat nak tolong banyak Tok Mak sebab mummy masih demam urat lepas mengurut. Nek Dilah pula bawakkan mummy putu piring dan putu mayam untuk mummy. Untie Faridah buatkan Tiramisu untuk Tok Mak. Sedap...mummy makan sikit je. Tok Mak kata buat hilang kempunan. Jam 2.00 petang, Nek Jemilah telefon nak datang rumah. Nek Jemilah dari Low Yatt Plaza bawa Untie Azlin cari barang. Meriah rumah mummy hari sabtu tu. Daddy pulak sampai rumah jam 1.30 petang. Kalau daddy balik lambat, kesian Tok Mizi takde kawan berborak.

Lebih kurang jam 4.00 petang, Nek Dilah pon balik. Nek Dilah nak pergi rumah Tok
Ngah dekat Kepong. Lepas Nek Dilah balik, apa lagi Nek Jemilah and sekeluarga pula berkenduri.

Okies, itu saja peristiwa penting untuk hari sabtu ni. Di bawah ni ada gambar-gambar dari hasil tangkapan Nek Jemilah & Untie Faridah. Tapi gambar keluarga Tok Mizi & Nek Dilah terlupa mummy nak tangkap. Jadi mummy copy gambar family dieorg dari facebook Cik Kedondong. Sori ye Cik Kedondong. Saya mengcopy gambar dari FB.

Monday, June 21, 2010

Mummy & Daddy Anniversary

Hari ni anniversary mummy and daddy yang ke-2. Yea, mummy dah ada Zhafran, hadiah anniversary paling best untuk mummy.

Daddy tak dapat nak bawa mummy ke mana-mana coz mummy masih dalam pantang. So, tak de kemana-mana. Surprisingly, daddy belikan bunga untuk mummy.

Mula nya mummy tak perasan. Daddy letak bunga dalam toilet. Patut la daddy tetiba jadi terlebih rajin nak jaga Zhafran. Lepas tu asyik cakap pergila lap badan. Ada la dalam 10 kali. Mummy mula tak faham tapi takpela, daddy rajin.

Around 11.00pm, mummy tanya daddy, "Ingat tak hari ni hari apa?"

Guess what daddy say, "Hari Isnin..."


Okla and mummy dah start nak merajuk...and suddenly...taraaaa....

Daddy belikan 'sekuntum mawar oren' untuk mummy...schweet!!!!!!!!!!!!!!!....

and daddy kata, " Suruh lap badan tak nak, lambat sangat nak bagi surprise, ni untuk sayang"...

hmm nothing to say..........and I feel good to fall in love again with you daddy....

Thanks so much Abang!

Thursday, June 17, 2010

1st Imunisasi untuk Zhafran & Guest start coming

Hari nie Zhafran dah 29 days. Esok dah masuk sebulan. So, Zhafran akan dapat 1st shot, Hepatitis B. Appointment Zhafran jam 2.00ptg di Klinik Kesihatan Jinjang. So, Daddy cuti hari nie sebab nak bawa Zhafran pergi klinik. Kali ni Tok Mak ikut sekali sebab lepas pergi klinik, mummy nak bawak Zhafran jumpa Mak Cik Lina, future babysitter Zhafran. Owh, lupe pulak, hari ni Zhafran pakai baju yang Untie Effa & Uncle Alex bagi.


Uncle Alex & Untie Effa, this quote is specially for you:
" Thanks so much for your gift! It's cute and I love the wisel. I keep searching the sound but still couldn't find it. Then I realise the sound comes from my tummy coz when mummy touch my tummy, it sounds. Mummy always push it when I start to get grumpy. Anyway, thanks so much.

Since mummy forget to take photo while you were at our house, can you give a picture of both you so I can paste it here"
Malam nya Opah Zhafran datang semula ke rumah. Nak tgk Zhafran sebab Opah tak pernah lagi tgk Zhafran. Untung nya Zhafran ngan mummy tau. Tok Mak jaga, Opah pon jaga.

Sampai kat klinik jam 2.30 petang. Ramai nya orang. Mummy ingat sekejap je. Lepas selesai urusan di kaunter pendaftaran & ujian air kencing, Zhafran pon menangis minta susu. Syukur mummy punya part dah selesai. Mummy handover semua document kat daddy and terus pergi bilik menyusu. Sambil tu tunggu nombor mummy di panggil. Tapi tunggu punya tunggu, kenapalah nombor mummy nie tak di sebut-sebut. Rupa nya daddy tak letak kad Zhafran kat pintu bilik check-up tu. Hmm, apa lagi mummy jadi yang last sekali la.

Masa nurse check, Zhafran kene tanggal semua baju. Nurse ukur kepala, panjang and berat Zhafran. Zhafran sekarang dah 4.5kg and 54cm panjang. Huh! cepatnya anak mummy nie membesar. Nie baru sebulan. Lepas Zhafran, mummy pula nurse check. Nurse cakap mummy ok. Berat mummy pon dah kurang ke 79.4kg. Takpelah, perlahan-lahan. Before pergnant pon berat mummy dah 75 kg. Nanti mummy akan berusaha menguruskan badan lagi.

Lepas nurse check Zhafran, nurse suruh mummy pergi bilik depan untuk injection. Mummy pulak yang cemas sebab tak tau reaksi Zhafran. Nie first time mummy bawak Zhafran injection. Sebelum nie semua nurse yang buatkan kat hospital. Alhamdulillah, Zhafran relax je kene injection. Masa jarum masuk je Zhafran nangis. Lepas je jarum keluar, terus Zhafran tido. Nurse pon gelakkan Zhafran. Nurse cakap Zhafran nie kuat and tahan sakit.

Balik dari klinik, mummy singgah rumah future babysitter Zhafran, Mak Cik Alina. Babysitter nie isteri imam Masjid Kg Batu. Opah dengan Tok Mak yang carikan babysitter nie masa solat subuh kat Masjid tu. Mummy pon bincang dengan Mak Cik Alina apa yang dia perlukan dan sebagainya. Mak Cik Alina kata yang macam biasa je. Untuk mummy, apa yang penting Mak Cik Alina sanggup nak bagi susu mummy pada Zhafran. Alhamdulillah and harap-harap Mak Cik Lina akan bagi susu mummy ni pada Zhafran. Bukan apa, mummy pon stand-by susu formula takut-takut susu mummy rosak ataupun tak cukup.

Jam 6.30 petang baru selesai and sampai rumah. Syukur malam nya Zhafran tido lena and tak demam. Alhamdulillah........

23 May 2010 - Tetamu mula datang..
Hari ni dikirakan hari pertama Zhafran sepenuh nya ada kat rumah. Daddy tolong kemas rumah and basuh baju. Tok Mak tolong masak lepas tu daddy suruh Tok Mak rehat. Kesian Tok Mak keletihan. Tok Mak masak soto hari ni sebab ada kawan mummy and kawan daddy nak dtg ziarah tgk Zhafran. Mummy pulak tido lepas mandi and siapkan Zhafran. Mummy still weak and belum recover lagi.

Lepas daddy siap kemas rumah, Daddy pergi Tesco beli barang keperluan especially lauk untuk mummy makan. Mummy tak boleh makan lauk sebarangan. Kene pantang. Ikut kata Tok Mak sampai 44 hari. Jam 3.30 petang, daddy kejutkan mummy. Dia bagi tahu kawan mummy yang nak datang tu dah telefon 8 kali dan kawan mummy tu dah pon bertolak balik semula rumah sebab mummy tak jawab call. Alahai, kesian kawan mummy. Mummy panggil dia Kak Khaly. Dia dah sampai kat guard bawah tapi tak ingat nombor rumah mummy. Lepas 8 kali call tu dia pon balik. Kesian Kak Khaly. Sori akak, saya betul-betul tak dengar bunyi telefon tu.

Jam 4.00 petang kawan daddy pulak datang. Nama dia Uncle Jais. Dia datang dengan isteri dan anak-anak nya. Uncle Jais ni bawakkan Zhafran traveling bag warna pink. Comel je. Mummy and Daddy baru berangan nak belikan satu. Senang nak bawa pegi klinik. Alhamdulillah, dah dapat dah. Boleh mummy jimat duit.

Tuesday, June 15, 2010

Zhafran 4 Minggu & Zhafran discharged

Hari nie genap Zhafran 4 minggu. Malam semalam Opah, Mak Long Ain, Kakak Trisha, Abang Hazim and Abang Hafiz datang balik rumah mummy. Dieorang semua nak pergi Petrosains and Pusat Sains Negara hari ni. Zhafran tak dapat nak ikut sebab masih dalam kuarantin di rumah. Tok Mak kata bila Zhafran dah pandai nak bercakap baru boleh jalan jauh-jauh. Takut nanti Zhafran nangis tak berhenti-henti. Mummy and Daddy jugak yang susah.

Pagi-pagi Zhafran dah bangun. Macam biasa mintak susu dari mummy. Tapi hari ni disebabkan ramai orang, Zhafran tak tido balik macam selalu. Zhafran jaga and merengek minta dukung. Mentang-mentang tengok ramai orang. Kesian kat Tok Mak la kene dukung Zhafran. Mummy tak larat nak dukung lama-lama. Bila Zhafran tak berhenti merengek, Tok Mak cakap mandikan je Zhafran. Nanti dah selesa baru boleh tido balik.
Tok Mak pun macam biasa menyiapkan air panas Zhafran untuk mandi, baju Zhafran untuk pakai lepas mandi and kelengkapan lain macam minyak Yu Yee, Vicks, barut, bedak and sirih untuk tuam Zhafran. Sementara tunggu Tok Mak siapkan semua tu, Mak Su ambil kesempatan senam Zhafran. Seronok je Zhafran kene senam dengan Mak Su. Mak Su pon enjoy. Lepas mandi, macam biasa la Zhafran pun jerit kuat-kuat bila ramai orang. Semua orang takut dengar Zhafran menjerit. Bila tak ramai orang, relaks je Zhafran dari mandi sampaila Tok Mak siapkan. Isk, isk, isk...manja sangat ni anak mummy.

Dalam jam 11 pagi baru semua orang bertolak keluar. Baru masa tu Zhafran nak tido. Owh, dah tau ye mummy tak layan nak dukung lama-lama walaupun Zhafran menjerit kuat-kuat. Dalam jam 9 malam semua orang balik and Zhafran dapat hadiah lagi. Kali ni Zhafran dapat blanket warna cream dengan bag dari Mak Long. Opah pula bagi baby sling carrier. Wah banyak betul Zhafran dapat hadiah. Nanti disenaraikan kat sini supaya senang nak ucap terima kasih.

22 May 2010 - Yeay! Alhamdulillah Zhafran discharged
Lebih kurang jam 11.00 pagi Dr buat round. Hari nie Dr pakar takde. Dr on call yang ganti. Tapi Nurse kata Dr nie pon boleh buat decision. Nurse tau mummy nak sangat-sangat balik rumah. So, after Dr tgk results darah and check Zhafran, alhamdulillah, Zhafran dah boleh balik but mummy still need to bring Zhafran to Klinik Kesihatan Isnin nye. Mummy and Daddy la orang paling happy. Lagipun semua orang dah penat ulang-alik hospital termasuk Tok Mak dan Opah.

Daddy dah start packing all the stuff untuk bawak balik. Nurse minta mummy tunggu sekejap coz nak siapkan document untuk Zhafran. Dalam jam 11.30 pagi, nurse bagi mummy resit untuk bayaran. Daddy pergi bayar, return balik pada nurse and nurse bagi semua document pada daddy. Mummy pon siap-siapkan Zhafran. Salin baju hospital and bagi susu kenyang-kenyang supaya Zhafran tak nangis dalam perjalanan. Jam 12.30 tgh hari mummy and Zhafran dah totally keluar hospital. Zhafran macam pelik je kali pertama tgk dunia luar. Tapi, lepas je masuk kereta, terus Zhafran tido dengan lenanya.

Dalam perjalanan balik, daddy singgah kat rumah Atuk Hisham and Nek Jemilah sebab nak ambil Tok Mak. Mummy tak keluar kereta masa kat umah Atuk Hisham. Takut jatuh and kene jalan jauh. So, semua orang pergi kat kereta Daddy nak tengok Zhafran. Geram je dieorg lagi-lagi Pak Ngah Luqman sebab Pak Ngah tu takde kawan. Hehe, nanti bile besar boleh kawan dengan Pak Ngah Luqman.

Sampai rumah, Zhafran tido je. Mummy pon tido. Dah terlalu keletihan. Syukur takde sape yang nak datang melawat hari Sabtu tu.

Malamnya, jeng, jeng, jeng. Zhafran meragam satu malam sampai mummy and daddy tidur berpusing 360 darjah kat atas katil tu nak comfortkan Zhafran. Last-last Tok Mak ambil Zhafran and tido dalam bilik Tok Mak. Terus Zhafran senyap. Hmm, mummy kene banyak menuntut ilmu dengan Tok Mak nie. Aiyahhhh...

Sunday, June 13, 2010

26 Days & Zhafran got Jaundis!

Pepagi arie nie, Mak Long Ain dah bertolak ke rumah Opah. Tok Mak kata dalam kul 7.30 pagi. Nanti hari Selasa Mak Long datang lagi. Zhafran, Daddy & Tok Mak je yang hantar Mak Long Ain ke pintu pagi tu. Mummy dah ngantuk and keletihan. Walaupun Zhafran minta susu jam 7 pagi, mummy lena je tak sedar. Last-last daddy panaskan susu yang mummy simpan dalam freezer bagi Zhafran. Bila Zhafran nangis lagi kul 9 pagi, baru daddy kejutkan mummy lagi.

The whole day siang hari nie, Zhafran tido je. Bangun kejap minta susu and tido lagi. Kesian Zhafran. Mesti keletihan malam semalam sebab Zhafran tak lena. Takpela, tido la my little prince. Nanti malam pon macam tu ye! Hari ni takde tetamu. Jadi tido la dengan aman ok!

21 May 2010 (4 days) - Zhafran got Jaundis!

Subuh-subuh lagi nurse dah buat round. Nurse cakap Zhafran macam ada jaundis. As Dr expected cause of luka kat kepala Zhafran tu. Liver Zhafran keje kuat untuk heal luka kat kepala Zhafran. So, as explain by Dr, disebabkan tu Zhafran may have jaundis and as expected, yes, Zhafran dapat jaundis on your 4th days with bilirubin level 270. Syukur juga kene before Zhafran discharge. Kalau tak, mesti kene ulang-alik hospital lagi. Paling kesian daddy la sebab mummy for sure tak boleh nak gerak banyak. Dr cakap nak kene turunkan bilirubin level tu ke 200 baru Zhafran boleh discharge with monitoring.


So, dalam jam 9.00 pagi nurse dah bawak phototheraphy equipment kat bilik mummy. Kesian Zhafran tinggal pampers je sebab nak duk dalam tu. Tak best nya tangan Zhafran tu tak reti diam and yes, you are so brilliant. Tahu je kat mana mummy letak. Bile mummy letak kat atas katil mummy elok je tak nangis. Bile mummy letak dalam basin baby tu Zhafran boleh sense and merengek. Yang mummy kata brilliant tu because you use your hand untuk sense persekitaran Zhafran tu. kalau atas katil mummy sure tangan Zhafran tak sentuh apa-apa. So, bile tangan Zhafran langgar something, maksudnye Zhafran tahu mummy dah letak Zhafran dalam basin tu.


Satu lagi masalah bila nak letak Zhafran balik bawah lampu tu lepas menyusu. Zhafran akan marah sangat-sangat and jerit kuat-kuat bila mata Zhafran kene tutup dengan softeye patches tu.Even masa tu Zhafran dah nyenyak tido. Syukur nurse tolong mummy. Once Zhafran tido je, nurse ajar mummy untuk tidokan Zhafran meniarap. Lepas lena baru lekatkan softeye patch and bukak lampu. Then baru remove blanket Zhafran perlahan-lahan. Nurse cakap tak payah remove semua supaya Zhafran tak terjaga. Syukur nurse kat NICU tu semua baik-baik. Tak marah pon mummy sebab tak pandai lagi nak jaga Zhafran. So, the whole day Zhafran kene duduk dalam tu sampai bilirubin Zhafran dah turun ke ~ 200. Daddy continue teman mummy all day kecuali masa solat Jumaat.


Malam nye is the worst ever night untuk mummy. Zhafran menangis tak berenti the whole night. Mummy pon sampai dah hilang tenaga. Once mummy letak je bawah photolight tu, mesti Zhafran jaga and menangis. Nak kata lapar dah banyak dah susu mummy bagi. pampers dah tukar. Perut pon mummy dah sapu minyak Yu Yee. Tapi Zhafran keep on nangis. Sampai jadi pesta nangis malam tu. Bile Zhafran berenti je nangis, baby depan bilik mummy pulak nangis. Dah Zhafran terjaga. Once baby tu berenti, Zhafran pulak tak berenti nangis. Baru Zhafran nak lena, baby kembar pulak nangis. Dah terjaga balik. Kira-kira sampai jam 5 pagi baru Zhafran tido. Mummy sampai telefon Daddy sebab dah habis idea apa tak kene dengan Zhafran. Jam 6 pagi, nurse pinjam Zhafran untuk ambil blood sample. Syukur nurse tu baik sebab dia tidokan Zhafran sekali before bagi balik kat mummy. Nurse pon bagi tahu results darah nanti around 9 pagi akan diberitahu.


Jam 9 pagi Daddy sampai sebab susah hati mummy call 5 pagi cakap tak boleh tido. So, daddy datang pagi-pagi untuk take over jaga Zhafran. Dapatla mummy mandi and tido sekejap sementara nak tunggu Dr round jam 11 pagi and to know if Zhafran boleh discharge.

Saturday, June 12, 2010

Kunjungan Mak Long Ain & Zhafran @ 3 Hari

Hari ni untuk pertama kalinya Mak Long Ain & sepupu Zhafran, Abg Hazim, Abg Hafiz dengan Kakak Trisha datang rumah nak tengok Zhafran. Lebih kurang jam 2 petang dieorang sampai. Sepupu-sepupu Zhafran semua tengah cuti sekolah. Jadi boleh la nak melawat Zhafran. Hari lain susah sikit Mak Long nak datang sebab Abang Hazim nak periksa UPSR tahun ni.

Tok Mak masakkan Udang Masak Lemak dengan telur dadar. Mak Long ada bawak nasi lemak dengan mee goreng. Daddy pulak belikan KFC. Mummy je kesian sebab tak boleh makan semua tu. Mummy masih dalam pantang. Sabar je la tengok semua orang makan. Tapi mummy pujuk daddy dengan Tok Mak nak makan sikit je kentang putar. Last-last Tok Mak bagi green light. Yahoo!!! Dapat jugak mummy rasa sikit.

Lebih kurang jam 3 petang, Mak Su sampai. Bukan untuk pertama kali tau! Dah banyak kali termasuk tiap-tiap kali Zhafran sakit, mesti Mak Su datang. Kadang-kadang Daddy saja dera Mak Su datang tengok Zhafran. Tapi takpe, Mak Su tu sayang sangat kat Zhafran. Kalau Mak Su datang mesti habis pipi Zhafran kene cium banyak kali dengan Mak Su. Owh, mummy lupa. Mak Su siap hadiahkan baby chair Fisher Price lagi kat Zhafran. Tapi kene tunggu Zhafran besarla baru boleh pakai. Nie gambar hadiah dari Mak Su!


Petang dalam jam 5, Mak Su, Mak Long Ain & sepupu-sepupu Zhafran pegi main tenis. Lepas tu mandi kat kolam renang. Mummy tak ikut sebab kene jaga Zhafran la! Hehe..takla, mummy kan dalam pantang. Daddy pon tak pegi sebab baru nak recover flu. Nanti jadi teruk pulak. Tok Mak pulak masak nugget ayam petang tu. Argh, tension nye. Mummy tak bole makan lagi. Tapi mummy mintak manja-manja lagi kat Tok Mak nak rasa sikit. Last-last Tok Mak termakan pujuk rayu mummy. Bole la mummy rasa sikit nugget tu.

Malamnya, semua orang dah keletihan. Cuma tak best nya Zhafran merengek pulak malam nya. Selalu macam tu tau! Kalau takde orang datang, elok je Zhafran minum susu lepas tu tido. Merengek pon sikit-sikit je. Tapi bila ada orang datang, saje je Zhafran merengek lebih sikit. Sampai letih mummy. Sampai Kakak Trisha pon nak tolong tidokan Zhafran. Tapi Mak Long letak kejap je atas peha Kak Trisha. Takut nanti Zhafran golek-golek, habis jatuh ke lantai.

Tapi bukan salah Zhafran pon, mummy yang nak bawak Zhafran tido dalam bilik. Mula la Zhafran buat hal sebab tukar rutin and tempat biasa Zhafran. Hish! Nie lagi satu mcm perangai mummy. Bila tukar rutin @ environment baru mesti lambat nak adapt. Kene ambil masa nak sesuaikan dengan keadaan.

Last-last Zhafran jadi macam orang nomad. Tok Mak ambil Zhafran and tidokan dalam bilik Tok Mak. Kene la mummy angkat tilam and bantal Zhafran ke bilik Tok Mak. Kejap je Zhafran dah lena sementara mummy lap badan. Tok Mak suruh angkat balik tilam and bantal balik bilik mummy sebab Zhafran dah elok. Kalau tak letihla Tok Mak nak layan Zhafran tengah malam sebab Zhafran suka bangun malam minta susu. Mummy penat tapi hepi je nak bagi susu kat Zhafran. Sebab lepas kenyang suka tengok aksi Zhafran tido balik tu.

Ok, tido yang lena ye anakku A'ffan Zhafran! Muah!

20 Mei 2010 - Zhafran @ 3 Days
Dah masuk 3 hari Zhafran dilahirkan. Bermaksud dah 3 hari juga la mummy kat ward. Petang semalam Dr kata kene masukkan 2 beg darah pada mummy coz darah mummy dah kurang. Dr kata masa masuk darah mummy 11, masa check semalam, 6.5. So almost separuh darah mummy hilang masa bersalinkan Zhafran. Dr suggest masuk darah or else, bile discharge mummy boleh pengsan or pitam kat rumah. So, terima ajelah. Dari petang tu sampai la 4 pagi mummy baru darah habis masuk badan mummy.

Pagi-pagi hari ni Dr sample ambil darah mummy. Alhamdulillah, dah naik ke 8.5. So, Dr kata mummy dah boleh discharge. Tapi disebabkan Zhafran masih kat NICU, mummy kene masuk pulak wad NICU sama dengan Zhafran. InsyaAllah untuk sehari kalau kepala Zhafran tak terus membengkak. So, petang nye, dalam jam 3 ptg, mummy discharge dari Wad 5B. Transfer pulak ke wad Zhafran. Disebabkan condition mummy yang tak berapa stabil, nurse NICU tempatkan mummy kat bilik sebelah toilet supaya mummy tak payah jalan jauh-jauh. Takut mummy pitam. Daddy uruskan semuanya dari packing barang sampaila transfer mummy ke wad NICU. Daddy siap unpack and susun lagi barang kat wad NICU tu.

Lepas siap semua, daddy balik rumah sebab nak siap kan makan malam mummy and blendkan lobak putih. Susu mummy still takde lagi. Ikut petua orang tua-tua, air lobak putih boleh cepat kan pengaliran air susu ibu. Dr advise mummy kene bagi susu ibu banyak-banyak kat Zhafran supaya cepat pulih. Malamnya, daddy sampai jam 9.50 malam. Lagi 10 minit sebelum time's up untuk visitor. Alhamdulillah, sempat jugak daddy siapkan semua. So, malam tu jugak mummy habiskan 1 litre air lobak putih tu. Memang tak sedap. Rasa macam minum air bawang putih. Tapi tula, pengorbanan seorang ibu.

Tengah malam tu alhamdulillah, air susu mummy dah mula keluar. Dapatla Zhafran minum sikit and mummy tambah dengan susu formula supaya Zhafran kenyang. Alhamdulillah, malam tu Zhafran dapat tido lena and cuma terjaga mintak susu je dari mummy. Daddy pulak cakap Zhafran dapat tido lena sebab dah dapat pelukan mummy. Hmm, bahagianya mummy and daddy ada A'ffan Zhafran nie.

Luv you my dear son!

~Mummy~

Wednesday, June 9, 2010

23 days & 2 Days of Zhafran

Semalam mummy tak sempat nak tulis blog untuk Zhafran. Mummy kene bawak Zhafran jumpa Dr Wong untuk follow up chicken pox Zhafran. Alhamdulillah, dah makin kering biji-biji tu. Dr pun cakap dah getting better. Tapi Zhafran kene terus makan ubat.

Bab makan ubat ni memang mummy kagum dengan Zhafran. Relax je Zhafran makan ubat. Macam daddy Zhafran. Tak macam mummy susah makan ubat. Zhafran tak nangis pon. Kene maintain mcm nie sampai besar tau!

Cuma malam semalam hidung Zhafran macam berair. Seems like Zhafran dah nak berjangkit flu dari mummy and daddy. Mummy dah sapukan Vicks kat dada Zhafran and hidung Zhafran. Pagi-pagi nie pon mummy sapu lagi. Nampak Zhafran lena sikit tido. Alhamdulillah. Zhafran bertahan ye! Lawan virus flu tu tau! Mummy tau antibody Zhafran kuat. Antibody mummy tak kuat, sebab tu cepat je jangkit flu dari daddy.

Please, get well soon my dear!

19 May 2010 - 2 Days of A'ffan Zhafran
Hari nie hari kedua Zhafran di muka bumi Allah nie. Zhafran still lagi dalam NICU dalam bilik monitoring. Mummy still kat wad 5B. Mummy tak bole jalan jauh coz mummy raser pening and gelap mata. Syukur Dr letak katil mummy sebelah toilet, senang sikit mummy nak ke toilet. Dr still observe mummy. Tiap beberapa jam nurse dtg check blood pressure mummy and bagi mummy makan ubat. Mummy still tak dapat lagi tgk Zhafran sampaila tgh hari, daddy dtg hantar lunch untuk mummy. Kalau tak silap, around 3.00pm baru mummy dapat jumpa Zhafran and this is the first time mummy tgk muka anak mummy nie. Cumel!!!!!!

Cuma mummy kesian tgk Zhafran kene masuk tiub kat tgn. Zhafran asyik terkejut je. Daddy kata sebiji macam mummy bila sakit. Meracau dalam tido. Hihi. On this day mummy still tak dapat nak dukung or susukan Zhafran sebab badan Zhafran penuh wayar. So, mummy bole tgk je. Even susu mummy masa nie takde. Nurse bagi Zhafran minum susu formula dulu. Sedihnye mummy tak dapat susukan Zhafran.

Ukuran kepala Zhafran pon masih membengkak. Kalau tak silap, daddy cakap kepala Zhafran membengkak 2 cm, means ukuran total 36cm. Mummy risau jugak. Opah and Tok Mak sampai buat solat hajat supaya Zhafran cepat sembuh. Anyway, mummy tak dapat nak tgk Zhafran lama on this day. Wheelchair mummy tak bole masuk sampai dalam bilik monitoring tu and mummy tak larat nak berdiri lama + mummy still ada bleeding. Jadi nak menjaga hygiene dalam bilik tu mummy duduk kat luar tunggu daddy tanya perkembangan Zhafran pada nurse. Mummy dpt tgk Zhafran kejap je. Sedih tak dapat nak dukung Zhafran macam mummy lain.

Monday, June 7, 2010

Zhafran @ 3 weeks & Lahirnya A'ffan Zhafran

Hari ni dah genap 3 minggu anak mummy nie lahir. Hari ni Tok Mak ajar Zhafran minum susu formula sikit. Nanti bile susu mummy tak cukup masa Zhafran kat rumah baby sitter, bole la top up dengan susu formula.

Mula-mula Zhafran
minum sikit je, 40ml. Tok Mak buat 80 ml. Lepas tu Zhafran nak lagi, nak lagi and nak lagi sampai habis 80 ml. Tp perut Zhafran belum bole terima banyak-banyak. Tak sampai 15 minit Zhafran muntah atas baju Tok Mak. Terkejut Tok Mak ngan mummy. Mummy takut Zhafran demam. Lepas mummy check temperature, semua ok, 36.5 deg C. Lega mummy. Mummy still continue medication untuk 'baby acne' Zhafran and you've been sleeping so well after the medication. Dapat la mummy rest sikit.

Be a good boy ok!

18 May 2010 (6.3
8am)
Mummy sampai hospital arou
nd 9.30pm. Daddy register and mummy kene masuk bilik waiting. Nurse check BP mummy, check jantung Zhafran and contraction mummy. Yang lain semua ok kecuali contraction mummy. Cuma 1/10 contraction. Lepas nurse check, Dr pulak datang. Dr advise kene induce sebab mummy tak rasa contraction. Jam 10.00pm, Dr pecahkan air ketuban mummy, selesai je terus nurse bawak mummy pegi delivery room. Bilik mummy no 5. Lepas mummy siap pakai baju hospital and nurse masukkan tube for induce, daddy pon masuk tengok mummy. Muka daddy cemas je. Tapi mummy masa nie relax je. Raser ngantuk pon ada sebab nurse bagi ubat bius.

Daddy teman mummy all the way malam tu. Mula-mula mummy tak rasa apa-apa. Tapi lepas few hours, (mummy pon tak sure jam berapa, kene tanya daddy nie) mummy mula rasa perut mummy memulas-mulas. Mummy minta daddy pan
ggil Dr sebab dah tak tahan sakit. Nurse datang check and confirm baru 8 cm bukak. Nurse kata kene tunggu sampai 9 or 10 cm. Masa nie mummy dah rasa sakit sangat. Mummy dah tak ingat apa-apa. Yang mummy bole ingat air mata mummy mengalir and daddy tolong lapkan. Sweet kan daddy! Daddy lap peluh mummy yang dah memercik kat dahi and kiss my forehead. Tu je yang dapat mummy ingat.

Lepas dari nie mummy dah out of control. Daddy panggil Dr sebab tgk mummy dah tak tahan sakit sangat- sangat. Nurse check lagi, dah 9 cm bukak. Dr suruh mummy push. Mummy try, try and try harder until Dr cakap you ada 15 minute lagi to try. Kalau tak bole Dr kene vacum Zhafran keluar or else ceasar and that's it, Dr cakap times up. Dr mintak daddy tunggu luar. Nurse siap-siapkan peralatan vacum. Masa nie daddy kater score Zhafran dah 6.2/10. Maksudnyer Zhafran dah lemah.

Dr mintak mummy push even harder bile dier cakap vacum ready. Mummy try..and try..and try. After 3 times, akhirnya Zhafran dapat kuar tepat jam 6.38 am. Dr letak Zhafran atas perut mummy sekejap and Dr jerit suruh hanter Zhafran ke NICU. Dr jerit' "baby's weak and need CPR ASAP". Mummy sempat nampak rambut Zhafran yang lebat and badan Zhafran yang biru. Mummy cemas dgr apa yang Dr cakap. Tp masa nie mummy dah tak berdaya na
k fikir apa-apa coz mummy very weak.

Again mummy cemas bile Dr Zatul (Dr yang sambut Zhafran) mintak panggil Dr pakar and Dr support dari bilik waiting untuk tolong coz mummy ada problem. Staff nurse pon mintak support nurse. Kebetulan masa tu tukar shift, jadi banyak la nurse yang boleh tolong. Total semua yang ada kat mummy masa tu almost 12 org. 1 Dr Pakar, Dr Zatul, Dr dr bilik waiting (MO), 2 Dr pelatih (HO), 7 nurse. Dr pakar and Dr Zatul tgh stopkan bleeding dari rahim mummy and Dr support tgh jahit mummy. Dr pelatih and staff nurse sibuk masukkan tube kat kiri kanan tangan mu
mmy. Yang lain tolong Dr Zatul stop bleeding and jahit mummy. Masa tu mummy dah di awang-awangan. Lepas tu mummy dah tak ingat apa jadi sampai la daddy kejut mummy jam 8.00 am and bagi mummy minum Milo. Masa tu mummy sedar both tangan mummy ada tube and dua botol air tgh di masukkan. Kejap je daddy dtg sebab nak tgk Zhafran pulak kat NICU.

Dalam kul 9, Dr Zatul dtg and explain Zhafran ok tapi di masukkan ke NICU coz kepala Zhafran luka @ terkopak masa vacum. Mummy so worried tapi Dr Zatul convince mummy everything is ok. Dr cuma nak monitor. Lepas Dr Zatul pergi, daddy dtg balik kat mummy and he is crying. Mummy tanya nape and daddy cuma cakap dier se
dih tgk mummy. Mummy terharu sangat tapi mummy tahan air mata coz tak nak daddy lagi sedih. After all, around jam 11.00 am, nurse transfer mummy ke wad bersalin (Wad 5B) while waiting for mummy to recover.


"Thanks daddy for all your support during these day. Mummy deeply in touch. Yes daddy, we've going through it so well. Mummy will always love daddy"

~Mummy~

20 Days & Detik-detik Zhafran lahir

Hari ni Zhafran dah 20 hari. Alhamdulillah, baby acne Zhafran dah makin kering. Tapi Zhafran agak grumpy sikit bila nak tido. Mummy risau takut Zhafran jangkit flu dari mummy and daddy. Mummy tak nak Zhafran sakit lagi. Dah banyak dah Zhafran nie sakit dari lahir lagi. Kesian mummy tgk anak mama yang kecil nie.

Lepas tu Zhafran asyik nak berkepit je dengan mummy. Mulut Zhafran asyik nak melekat kat puting mummy. Last-last, Tok Mak sumbat puting kat Zhafran. Ini kire hari pertama Zhafran merasa puting tiruan (pacifier). Baru anak mummy nie senyap. Relax je Zhafran hisap puting tu and terus tido.

Ok, mulai hari ni juga, mummy akan update backdated story dari Zhafran lahir sampai hari 20. nanti hari 20 Zhafran bole baca kat sini ok!

Mummy & Daddy love u so much! Get well soon My Little Charmer.


17 May 2010
(7.30pm)
Semalam mummy minta daddy belikan udang galah kat Pasar Selayang, tempat mummy & daddy selalu pegi untuk breakfast. Tok Mak dah ada kat rumah mummy dari 5hb lagi. Saja mummy mintak Tok Mak datang awal takut Zhafran nak keluar awal. Alhamdulillah, dapatla mummy raser udang galah masak sambal Tok Mak. Mummy teringin sangat nak makan sambal udang galah yang Tok Mak masak.

Hari yang sama juga Onyang Zhafran datang dari Segamat. Onyang kirim ikan baung kegemaran mummy kat umah Atuk Zul, kat Bangi. Kebetulan daddy keje kat sana. Jadi mummy mintak daddy pegi amik.

Masuk waktu maghrib, mummy tengah sibuk chatting dengan Pak Long Fuad sambil tunggu daddy balik bawak ikan. Hari nie mummy tak tengok TV masa maghrib sebab cerita Adamaya kegemaran mummy tu dah habis. Tepat jam 7.30pm, tetiba mummy raser ader air banyak kuar. Mummy tanya Tok Mak, air ape nie? Tok Mak cakap tanda nak bersalin dah tu. Tok Mak suruh mummy siap tukar baju and ambil keperluan yang nak di bawa ke hospital. Mummy tepon daddy, atuk Hisham and nenek Jemilah. Takut-takut daddy lambat. Bila atuk Hisham sampai, daddy pon sampai. 1/2 jam je daddy sampai umah dari Bangi sebab daddy dah cemas. Laju nye daddy bawak kete.

Tepat jam 9.00 pm mummy, daddy, tok mak and atuk Hisham gerak ke Hospital Selayang. Mummy lambat gerak sebab nak makan malam dulu. Nak raser sambal udang galah Tok Mak. Takut kempunan.

Friday, June 4, 2010

A'ffan Zhafran Zulrusydi














Assalamualaikum,

Blog The Crawler Of Success ni mummy create sebagai diary Zhafran. Jadi, bile besar nanti Zhafran tau segala yang berlaku masa Zhafran kecil. Mudah-mudahan Zhafran boleh sambung entry nie bile dah pandai guna computer yer! Mummy akan upload semua cerita, gambar dan peristiwa penting Zhafran kat sini.

Daddy tak pandai nak menulis di internet. Daddy Zhafran tu pemalu. Jadi mummy wakil daddy je menaip di sini. Nanti pelahan-lahan mummy pujuk and ajar daddy to express his feeling here ok!

We love you so much A'ffan Zhafran!

Be a good boy and always in Allah blessed

~Mummy & Daddy~