Saturday, August 21, 2010

Zhafran demam

Zhafran start demam dari semalam. Petang masa mummy ambil dari rumah Mak Cik Lina, badan Zhafran panas sikit. Mak Cik Alina kata Zhafran demam sebab kene injection + rindukan daddy. Since semalam berbuka rumah Nek Jemilah, mummy tak sempat lagi bagi ubat. Balik je rumah mummy terus letak Cool Fever kat dahi Zhafran. Syukur on the way balik Zhafran dah tertido dalam kereta. Senang sikit mummy nak kemas-kemas barang.

Pagi ni, badan Zhafran masih panas, 38.5C. Pagi-pagi lagi mummy mandi kan Zhafran sebab nak turun kan panas badan. Lepas mandi, Zhafran makan ubat demam, susu dan dalam ½ jam Zhafran terus tertido. Mummy check lagi panas badan Zhafran, dah 37C. Alhamdulillah.

Dalam 45 minit tido Zhafran terjaga. Ni mesti sebab cari-cari mummy, mummy tak ada kat sebelah kan! Manja betul. Mummy sambung bagi Zhafran susu tapi kali ni mummy selimutkan dengan kain pelekat daddy. Lepas mummy tepuk-tepuk sikit atas bahu, Zhafran tertido lagi. Alhamdulillah, kali ni nyenyak tidur. Zhafran rindukan daddy ye! Jam 4 petang, daddy sampai rumah. Masa tu jugak Zhafran bangun. Celik mata terus Zhafran senyum besar sebab nampak Daddy. Wah! Rindu betul dengan daddy ye! Paling ajaibnya, petang tu jugak demam Zhafran dah kebah.

Anak mummy…anak mummy…

Friday, August 20, 2010

Daddy, mummy and Zhafran miss u so much!

Pagi-pagi bangun sedih je. Daddy takde. Selalu daddy yang kejut mummy sahur, siapkan susu Zhafran dan baju Zhafran. Hari ni semua mummy kene buat sendiri. Lagi sedih tak dapat kiss and hug daddy sebelum mummy pergi keje. Sob...sob...daddy cepatla balik....

Hari ni mummy kene bangun awal sikit. Yang pasti sebelum Zhafran bangun mummy dah kene bersiap untuk pergi kerja. Kalau tak, jawapnya lambat la mummy sebab kene layan Zhafran. Awal jam 5.30 pagi hari ni mummy mandi. Siap pakai baju terus tunggu subuh. Elok lepas solat subuh, Zhafran bangun. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mummy dah siap. Yang tinggal nak siapkan susu Zhafran. Mood Zhafran pon ok, ketawa je pagi-pagi. Suka ye bangun-bangun mummy ada. Selalu bangun daddy je ada ye! Seronok mummy tengok mood Zhafran ok. Mummy love u Zhafran.

Ok, start from here is entry for daddy ok. Sorry Zhafran. Daddy, mummy miss u so much. When I hear this song this morning, I wish to share it with you. Yes daddy, without you I am not what I am today.


Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Thursday, August 19, 2010

Immunisasion 3 bulan.

Hari ni mummy bawa Zhafran pergi klinik. Appointment Zhafran jam 2.00 petang. Tapi mummy pergi jam 3.30 petang sebab selalunya orang ramai. Mummy kan bawa Zhafran pergi klinik kerajaan, Klinik Kesihatan Jinjang. Jadi, ramai la orang. Daddy kata baik pergi lewat sikit, takla kene tunggu lama.

Kali ni Zhafran happy sikit. Nurse yang check pon nurse lelaki. 1st time mummy tengok nurse kanak-kanak, orang lelaki. Tapi nurse lelaki tu memang la sangat suka Zhafran. Lagi pulak tengok anak mummy ni suka senyum dan terlebih peramah.

Masa injection pon sama je. Zhafran ni kuat la. Nangis masa jarum nak cucuk je. Lebih nya menangis lapar sebab masa injection tu kene pulak dengan masa lapar Zhafran. Mummy susukan sikit dulu sebelum injection supaya Zhafran tenang. Takut pulak kalau Zhafran meronta masa inejction. Lepas injection tu Zhafran sambung susu. Isk, macam orang lapar betul mencari-cari puting mummy. Lepas tu Zhafran terus susu dan tido. Syukur Zhafran ok je sampai pagi. Kalau tak jenuh mummy sebab daddy takde rumah. Daddy pergi JB malam lepas berbuka. Ada urusan keje. Sob..sob...tinggal kita berdua je Zhafran.

Monday, August 16, 2010

Puasa hari ke-enam

Hari ni puasa hari yang ke-enam. Alhamdulillah, mummy masih dapat puasa penuh tanpa menjejaskan rasa susu mummy lagi. Mummy tgk Zhafran elok je menyusu. Jadi mummy buat kesimpulan, rasa susu mummy masih belum terjejas.

Jadi, sementara nak tunggu berbuka puasa tu, mummy and daddy main-main dengan Zhafran. Pastu buat latihan mengambil gambar dengan Zhafran. Nanti takla susah nak ambil gambar. Sekarang pon, bila nampak camera je Zhafran akan buat macam-macam gaya. Bestnya.

Ok la, mummy mala snak tulis panjang-panjang. Setakat ini dulu. Nanti bila mummy ambil gambar, Zhafran kene pandai posing tau. Bila dah besar sikit, mummy akan belikan Zhafran camera. Kene pandai tau nak ambil gambar macam mummy. Kalau daddy…..hmm daddy pandai ambil angle untuk video. Tak kisahla, kalau pandai dua-dua pon bagus juga.

Wednesday, August 11, 2010

Zhafran pakai bedak sejuk

Ni pertama kali mummy pakai kan bedak sejuk untuk Zhafran. Mummy geram sebab pipi Zhafran asyik naik jerawat je. Dah banyak cream Dr Wong bagi tapi kejap je hilang. Bila berenti sapu, ada lagi. Tension mummy. Mummy dah hilang idea nak baikkan pipi Zhafran, mummy letak bedak sejuk. Alhamdulillah, dah semakin baik. Cuma masa pertama kali mummy letak bedak sejuk tu, Zhafran menangis sebab sejuk. Lepas dua, tiga kali mummy sapu, Zhafran ok je. Siap nak makan pulak bedak yang mummy letak tu. Zhafran……Zhafran……

Friday, August 6, 2010

Zhafran 1st Playgym

Harini daddy belikan Zhafran Playgym. Nie kire permainan Zhafran yang pertama.

Zhafran excited habis bile mummy letak playgym ni depan Zhafran. Meriah Zhafran terjerit-jerit cuba nak capai mainan tu. Bila dah dapat pukul playgym tu, Zhafran akan gelak kuat-kuat. Suke nya mummy tengok. Sampai kadang-kadang mummy confuse Zhafran ni gelak ke nangis. Lagi Zhafran suka bila mummy bunyikan musical teddy bear tu. Zhafran tegur-tegur teddy bear tu. Macamla teddy bear tu boleh bercakap dengan Zhafran. Hehehe. Takpela, yang penting Zhafran happykan? Ok, mummy paste gambar Zhafran tgk excited tu kat sini.


Thursday, August 5, 2010

Perkembangan terbaru Zhafran..(hisap jari)

Ini perkembangan terbaru Zhafran. Zhafran dah pandai hisap jari. Tok Mak kata baby hisap jari ni budak baik. InsyaAllah. Mak Cik Lina pulak kata kalau hisap jari bagus. Ada enzim yang bagus dari celah-celah kuku. Takpela, mana-mana je. Jangan asyik sangat sudah la. Nanti kecut pulak tangan anak mummy tu.

Masa mula-mula nak hisap jari tu Zhafran masukkan semua penumbuk dalam mulut. Penuh mummy tengok. Daddy siap gelakkan Zhafran lagi. Tapi sekarang ni, Zhafran dah pandai keluarkan jari telunjuk dengan jari tengah untuk di hisap. Kekadang bila mummy tarik tangan tu, Zhafran menangis. Anak mummy ni.

Itula daddy, kan mummy cakap jangan gigit kuku…..!