Pagi-pagi Zhafran dah bangun. Macam biasa mintak susu dari mummy. Tapi hari ni disebabkan ramai orang, Zhafran tak tido balik macam selalu. Zhafran jaga and merengek minta dukung. Mentang-mentang tengok ramai orang. Kesian kat Tok Mak la kene dukung Zhafran. Mummy tak larat nak dukung lama-lama. Bila Zhafran tak berhenti merengek, Tok Mak cakap mandikan je Zhafran. Nanti dah selesa baru boleh tido balik.


Dalam jam 11 pagi baru semua orang bertolak keluar. Baru masa tu Zhafran nak tido. Owh, dah tau ye mummy tak layan nak dukung lama-lama walaupun Zhafran menjerit kuat-kuat. Dalam jam 9 malam semua orang balik and Zhafran dapat hadiah lagi. Kali ni Zhafran dapat blanket warna cream dengan bag dari Mak Long. Opah pula bagi baby sling carrier. Wah banyak betul Zhafran dapat hadiah. Nanti disenaraikan kat sini supaya senang nak ucap terima kasih.
22 May 2010 - Yeay! Alhamdulillah Zhafran discharged
Lebih kurang jam 11.00 pagi Dr buat round. Hari nie Dr pakar takde. Dr on call yang ganti. Tapi Nurse kata Dr nie pon boleh buat decision. Nurse tau mummy nak sangat-sangat balik rumah. So, after Dr tgk results darah and check Zhafran, alhamdulillah, Zhafran dah boleh balik but mummy still need to bring Zhafran to Klinik Kesihatan Isnin nye. Mummy and Daddy la orang paling happy. Lagipun semua orang dah penat ulang-alik hospital termasuk Tok Mak dan Opah.
Daddy dah start packing all the stuff untuk bawak balik. Nurse minta mummy tunggu sekejap coz nak siapkan document untuk Zhafran. Dalam jam 11.30 pagi, nurse bagi mummy resit untuk bayaran. Daddy pergi bayar, return balik pada nurse and nurse bagi semua document pada daddy. Mummy pon siap-siapkan Zhafran. Salin baju hospital and bagi susu kenyang-kenyang supaya Zhafran tak nangis dalam perjalanan. Jam 12.30 tgh hari mummy and Zhafran dah totally keluar hospital. Zhafran macam pelik je kali pertama tgk dunia luar. Tapi, lepas je masuk kereta, terus Zhafran tido dengan lenanya.
Dalam perjalanan balik, daddy singgah kat rumah Atuk Hisham and Nek Jemilah sebab nak ambil Tok Mak. Mummy tak keluar kereta masa kat umah Atuk Hisham. Takut jatuh and kene jalan jauh. So, semua orang pergi kat kereta Daddy nak tengok Zhafran. Geram je dieorg lagi-lagi Pak Ngah Luqman sebab Pak Ngah tu takde kawan. Hehe, nanti bile besar boleh kawan dengan Pak Ngah Luqman.
Sampai rumah, Zhafran tido je. Mummy pon tido. Dah terlalu keletihan. Syukur takde sape yang nak datang melawat hari Sabtu tu.
Malamnya, jeng, jeng, jeng. Zhafran meragam satu malam sampai mummy and daddy tidur berpusing 360 darjah kat atas katil tu nak comfortkan Zhafran. Last-last Tok Mak ambil Zhafran and tido dalam bilik Tok Mak. Terus Zhafran senyap. Hmm, mummy kene banyak menuntut ilmu dengan Tok Mak nie. Aiyahhhh...
No comments:
Post a Comment