Saturday, July 31, 2010

Kenduri Kahwin Mak Ngah Nor

Hari ni Mak Ngah Nor kahwin. Mak Ngah Nor ni anak kepada Nek Salmah, adik Tok Bah. Daddy, mummy dengan Zhafran sampai lambat kat rumah kenduri ni. Mummy dan daddy lambat bertolak. Perancangan asal nya nak bertolak jam 11 pagi. Tapi sebab mummy dan daddy letih, lambat la bertolak. Lagi pula nak siap Zhafran lagi. Zhafran kene ikut masa yang dah mummy, daddy dan mak cik Alina jadual kan.

Seawal jam 5.30 pagi Zhafran dah bangun. Mummy tak sedar pun sebab mummy tido lambat malam tadi. Jam 1 pagi sebab mummy kemas rumah dan basuh baju yang dah sebakul mummy kumpul. Jadi, bila Zhafran bangun jam 5.30 pagi tu, mummy buat tak layan je. Zhafran menangis nak susu pon Mummy tak layan. Last-last daddy panas kan susu yang dah mummy siap-siap perah. Cepat sikit Zhafran kenyang. Jam 7.30 pagi Zhafran tido balik. Masa ni la mummy and daddy kelam kabut siap barang-barang nak bawa balik kampung. Kalau Zhafran dah bangun, habisla. Satu keje pun susah mummy nak concentrate.

Tepat jam 8 pagi, Zhafran bangun nak mandi. Waktu ni memang waktu mandi Zhafran. Mak Cik Alina yang setkan waktu ni sebab kalau Zhafran dah mandi pagi-pagi, Zhafran tido lena sikit. Jam 8.30 pagi mummy dah siap Zhafran. Lepas susu, Zhafran terus tido lena. Mummy pun boleh la mandi and kemas baju mummy pulak. Daddy dah siap pack masa mummy susukan Zhafran. Tapi sian kat daddy sebab daddy demam malam semalam. Lepas makan ubat baru baik sikit.

Jam 11 pagi baru keluar rumah terus bertolak balik rumah Tok Mak. Masa dalam perjalanan, Zhafran tido je. Bangun sekejap nak minum susu. Tapi kesian mummy tgk Zhafran tido dalam carseat tu. Zhafran dah besar, carseat tu pulak macam dah sempit untuk Zhafran. Takpe, nanti mummy kumpul duit beli yang besar sikit ye!

Jam 4.00 petang baru sampai rumah pengantin lepas singgah rumah Tok Mak sekejap. Mummy tak siap lagi. Jadi nak kene gosok baju kat rumah Tok Mak. Masa sampai rumah pengantin, semua orang dah selesai. Kire-kire Zhafran antara yang terakhir la datang. Masa Zhafran sampai, Zhafran dah jadi macam artis. Semua orang nak tengok Zhafran. Disebab kan Zhafran comel, semua orang geram nak dukung. Tapi yang paling best, daddy la. Semua orang puji daddy pandai jaga Zhafran. Sejak dari sampai rumah pengantin hingga la balik, Zhafran duduk dengan daddy je. Mummy ambil kejap masa nak susukan Zhafran je. Lepas tu daddy yang buat semua. Wah, semua orang puji-puji daddy. Syabas daddy. Jadi pujaan ye!

Jam 6.00 petang, baru Zhafran bertolak balik ke rumah Tok Mak. Mummy sempat tolong Nek Salmah bungkuskan makanan untuk jiran-jiran. Malamnya, alhamdulillah. Zhafran tak meragam walaupun seharian dah berjalan.

Esoknya, Zhafran kene ikut rombongan menghantar pengantin perempuan ke majlis pengantin lelaki. Kali ni pengantin pakai baju merah putih. Cantik. Tapi Zhafran dah keletihan. Zhafran tido je masa orang kawin tu. Bila mummy and daddy nak balik baru Zhafran jaga. Tapi Zhafran sempat tau ambil gambar dengan pengantin. Jangan jeles. Ok, cukupla kat sini. Dah panjang dah. Nanti lain kali tulis lagi ye!

Saturday, July 24, 2010

Balik kampung...oh..oh..oh...balik kampung

Balik kampung...oh...oh...oh..balik kampung.....

Yer, Zhafran balik kampung minggu ni. Kampung Tok Mak kat Segamat. Onyang buat kenduri doa selamat dah nak masuk puasa. Mummy pulak nak balik sebab musim durian. Ramai sepupu mummy datang. Atok-atok dan nenek-nenek Zhafran pun ada. Habis Zhafran jadi perhatian. Zhafran ni kan artis. Maklumla, comel pulak anak mummy nie.

Zhafran sampai kampung dah malam. Untie Alin pun tumpang mummy. Zhafran jadi lambat sebab kene tunggu daddy balik dari Ipoh. Daddy kene pergi witness FAT kat kilang meter Ipoh. Tengah hari baru daddy sampai rumah. Mummy suruh daddy tidur dulu puas-puas. Nanti daddy nak drive jauh pulak balik kampung. Dalam 3 jam driving jugalah.

Sampai Segamat dalam jam 8 malam. Semua orang dah ada. Kenduri mula jam 9 malam. Syukur ramai yang nak jaga Zhafran. Bole mummy gosok baju daddy and siap-siap untuk kenduri. Tok Mak siap pesan jangan bagi Zhafran tido sebab nak kenalkan Zhafran dengan saudara-mara tok mak. Malam tu Zhafran jumpa Tok Long, jumpa Onyang Bah, Onyang Mak, Mak Long Roza, Mak Ngah Izan, Uncle Andy, Tok Hasbullah sekeluarga, Nek Dilah sekeluarga, Tok Fadhil sekeluarga, Atok Zul dan yang penting Nek Jemilah lagi. Syukur Zhafran tak meragam. Seronok je Zhafran main-main dengan semua orang terutama Onyang Bah. Best je. Zhafran siap gelak-gelak lagi. Tengok gambar tu.
Hari Ahadnya, pagi-pagi lagi daddy dah ajak balik sebab nak singgah Melaka melawat Mak Long Ain. Sebelum balik, mummy pulun makan durian. Sedap...nyum...nyum. Pak Ngah Lukman yang paling banyak makan. Sedulang tu dia sorang je habiskan. Daddy pun sama juga. Breakfast durian. Cayalah daddy. Mummy tampal gambar durian tu kat sini and gambar daddy dengan atok-atok lain makan durian. Habis la kereta Tok Hisham kalau Pak Ngah Lukman kentut. Sure bau durian punyer.

OK, setakat ni dulu. Selamat tinggal Onyang Mak dan Onyang Bah. Nanti Zhafran datang lagi.

Wednesday, July 14, 2010

Zhafran Finish Babysit Trial!

Yea, Zhafran finish trial session with babysitter. It takes 3 days of this week before mummy start working next Monday. Mummy give 95% mark for the trial. 5% reduction for crying on the first day. You've been a very adorable baby. Yea...clap...clap...

Mak Cik Alina says you're a good boy. Easy to take care and not fussy. More fun you start to react when people is talking to you. How schweet!!!! Even Mak Cik Alina told mummy you start to laugh. Huh! So fast!. Zhafran, you not yet 2 months ok. Please don't get too mature ok! Just be a normal baby sayang!


In this entry mummy want to share your favourite place to sleep. Yes, of course on mummy's and daddy's bed. The worst, you like lots of pillows to be around you and only sleep well with mummy's blanket. Uish, you've conquor everything of mummy and daddy. Even daddy too have to backoff and slept on sofa. Just a bit lucky mummy & daddy bought a sofabed. Poor daddy have to sleep alone outside....Zhafran....Zhafran....



The Close-up:


Monday, July 12, 2010

Zhafran yang merajuk!

Hari pertama Zhafran pergi rumah babysitter. Yes, Zhafran dah dapat rasa seminggu lepas sebab asyik nak je berkepit dengan mummy. Semalam pulak Zhafran tak nak tido terus siang tu. Nak dukung sepanjang siang dengan mummy. Kesian mummy tengok Zhafran, sampi dah kuyu mata. Bila mummy tidokan atas bahu, elok je. Once letak, terus Zhafran terjaga. Tak dapat bau mummy ye! Malam nya, Zhafran tak lena tido dalam kelambu. Zhafran nak tido atas lengan mummy. Manjanya anak mummy ni. Daddy selalu cakap ikut mummy la manja tu. Hehe...sorry daddy. You have to entertain two 'manja' ok? Sabar je la ye.

So, pagi nie Zhafran bangun jam 5 pagi. Nak tengok mummy lagi la tu. Nanti rindu ye. Lepas susu jam 7 pagi, mummy siap kan Zhafran. Yes, mummy is crying but not in front of daddy. Nanti daddy gelak. Tak tahu kenapa but mummy rasa laju je air mata ni bila siapkan Zhafran tu. Masa ni rasa nak berenti keje pun ada. Tapi daddy tak bagi . Mummy wish can be like Tok Mak. 24 hrs with my child and seeing you grows in front of my own eyes is such a wonderful moment in my life. Nanti mesti mummy miss banyak ragam Zhafran. Daddy, cepatla dapat gaji RM XX,XXX. As daddy cakap mummy boleh stay rumah kan and make my own business from home. Doa la daddy.......

Masa mummy hand over Zhafran ke Mak Cik Alina, Zhafran tengah tido. Jam 11 pagi mummy call, Mak Cik Alina kata Zhafran ok. Petang nya mummy ambil jam 3.30 petang. Bukan apa, mummy miss you so...so much! Masa mummy bawak masuk dalam kereta, duduk dalam car seat, Zhafran nangis. Mummy tak sure kenapa, either tak suke kereta mummy ke , or the car seat or memang masa tu Zhafran lapar sangat. Hmm, mummy pon tak sure. Tapi esok mummy cuba lagi.

Balik rumah, mummy susu kan Zhafran and terus tido. Tapi Zhafran macam merajuk dengan mummy. Ye sayang, mummy not purposely sent you there. If I could, mummy will bring you anywhere with me. Never be apart. Tapi ni Malaysia sayang. Wish mummy bole bawak Zhafran pergi keje sekali. Bole la jaga anak and keje. Boleh ke? I wish....

Anyway, my so adorable son, mummy have to sent you there coz mummy have another responsibility to take care. Suruh Pak Su Amin tu cepat habis belajar. Tapi mummy still ada Tok Mak and Tok Bah to take care. Takpe la sayang, hope Zhafran faham. Mummy tengah looking for other job somewhere in KL. Hope ada la rezeki untuk anak mummy ni ye. Banyak la mummy bole spent time dengan Zhafran.

Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba mu ini untuk mendapat kerja yang terbaik demi anak ku Zhafran.

Mummy love you A'ffan Zhafran!...ops...and daddy too...

Saturday, July 10, 2010

Makan-makan rumah Cik Lah

Hari ni mummy ada jemputan makan di rumah Nek Jemilah. Actually, tak la jugak Nek Jemilah menjemput, tapi mummy yang meng'offer'kan diri untuk di jemput. Haha...sape suruh Nek Jemilah post menu sedap-sedap kat dalam facebook. Kan dah orang nak datang. Kalau Nek Jemilah tak jemput pon, mummy ajak jugak daddy pergi sana. Alah, Tuk Sham dengan Nek Jemilah dah macam kakak and abang mummy. Walaupun sebenarnya pangkat dieorang pakcik and untie mummy. Hoho...Saje bagi dieorang rasa mude....

Kat bawah ni pulak Mak Cu Hana. Kalau nak tahu, uri Zhafran mummy tanam sebelah uri Mak Cu Hana. Habis semua favorite Mak Cu Hana sama je dengan Zhafran. Tapi takpe, tirula...Mak Cu Hana tu cute and sweet. Biar anak mummy pun jadi cute and sweet macam Mak Cu Hana ok!
Nape mummy nak sangat pergi rumah Nek Jemilah? Hmm, sebab Nek Jemilah nak masak:
~ Laksa Johor
~ Santan Durian

~ Kuih Sejuk a.k.a Puding Kuah

Kire-kire semua tu favorite mummy la tu. Sebab tula mummy nak pegi. Ok, tu je cerita hari ni. Mummy tampal gambar ikhsan dari Nek Jemilah kat sini. Gambar makanan sekali! Thanks Nek Lah masakkan untuk mummy. Yummy, memang sodap!

Saturday, July 3, 2010

Tok Mak Dah Balik! Sob....sob



Hari ni Tok Mak akan bertolak balik je JB. Sob sob..sedih je mummy...sedih sangat sebab mummy tak tau bila lagi mummy akan dapat peluang tinggal dengan tok mak lama-lama. Kalau di kire-kire, tok mak duduk kat sini dalam 2 bulan juga. Sedihnya...

Zhafran pun mummy agak dapat rasa kesedihan mummy. Dah 2 minggu Zhafran meragam lepas menyusu. Lepas susu Zhafran tak nak mummy tidokan walaupun mummy pegang. Bile Tok Mak pegang, Zhafran relax je. Siap tengok tv lagi. Mesti Zhafran tau Tok Mak dah dekat nak balik.

Jadi hari nie, mummy, daddy dengan Zhafran hantar Tok Mak ke LCCT. Untie Is pulak datang dari JB naik bus untuk temankan Tok Mak. Ni kire first time Tok Mak dengan Untie Is naik flight. Risau pulak mummy. Bole
ke ni sampai JB. Mummy takut Tok Mak pegi tempat lain je.


Sampai je LCCT, mummy letak Zhafran dalam stroller. Relax je. Ni first time mummy naikkan Zhafran dalam stroller. Alhamdulillah, bile mummy tolak je tido. Tapi bile stop je Zhafran terjaga. Owh, lupe nak bagi tau, stroller ni hadiah dari kawan opis daddy. Terima kasih ye pada encik yang hadiah kan stroller nie. Sangat-sangat berguna. Nama nya tak dapat nak reveal kat sini. Cukupla kalau terbaca, orang nya tau ye!



BYE..BYE TOK MAK...HAVE A SAFE JOURNEY!