Saturday, July 24, 2010

Balik kampung...oh..oh..oh...balik kampung

Balik kampung...oh...oh...oh..balik kampung.....

Yer, Zhafran balik kampung minggu ni. Kampung Tok Mak kat Segamat. Onyang buat kenduri doa selamat dah nak masuk puasa. Mummy pulak nak balik sebab musim durian. Ramai sepupu mummy datang. Atok-atok dan nenek-nenek Zhafran pun ada. Habis Zhafran jadi perhatian. Zhafran ni kan artis. Maklumla, comel pulak anak mummy nie.

Zhafran sampai kampung dah malam. Untie Alin pun tumpang mummy. Zhafran jadi lambat sebab kene tunggu daddy balik dari Ipoh. Daddy kene pergi witness FAT kat kilang meter Ipoh. Tengah hari baru daddy sampai rumah. Mummy suruh daddy tidur dulu puas-puas. Nanti daddy nak drive jauh pulak balik kampung. Dalam 3 jam driving jugalah.

Sampai Segamat dalam jam 8 malam. Semua orang dah ada. Kenduri mula jam 9 malam. Syukur ramai yang nak jaga Zhafran. Bole mummy gosok baju daddy and siap-siap untuk kenduri. Tok Mak siap pesan jangan bagi Zhafran tido sebab nak kenalkan Zhafran dengan saudara-mara tok mak. Malam tu Zhafran jumpa Tok Long, jumpa Onyang Bah, Onyang Mak, Mak Long Roza, Mak Ngah Izan, Uncle Andy, Tok Hasbullah sekeluarga, Nek Dilah sekeluarga, Tok Fadhil sekeluarga, Atok Zul dan yang penting Nek Jemilah lagi. Syukur Zhafran tak meragam. Seronok je Zhafran main-main dengan semua orang terutama Onyang Bah. Best je. Zhafran siap gelak-gelak lagi. Tengok gambar tu.
Hari Ahadnya, pagi-pagi lagi daddy dah ajak balik sebab nak singgah Melaka melawat Mak Long Ain. Sebelum balik, mummy pulun makan durian. Sedap...nyum...nyum. Pak Ngah Lukman yang paling banyak makan. Sedulang tu dia sorang je habiskan. Daddy pun sama juga. Breakfast durian. Cayalah daddy. Mummy tampal gambar durian tu kat sini and gambar daddy dengan atok-atok lain makan durian. Habis la kereta Tok Hisham kalau Pak Ngah Lukman kentut. Sure bau durian punyer.

OK, setakat ni dulu. Selamat tinggal Onyang Mak dan Onyang Bah. Nanti Zhafran datang lagi.

No comments:

Post a Comment